|
Dua doa umum untuk kanak-kanak boleh didapati di
dalam Al-Quran. Antaranya : |
|
Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan
kami, augerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang
hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bagi orang-orang yang bertakwa. (25
: 74) |
|
Allah menunjukkan kepada kita dengan
menyuruh kita berdoa supaya dikurniakan isteri dan anak-anak yang holeh memberi
kegembiraan, keamanan, keselesaan dan kepuasan. |
|
Sesungguhnya jika memberi kami yang
sempurna, tentulah kami termsuk orang-orang yang bersyukur (7 : 189) |
|
Begitulah harapan ibubapa yang
berjanji akan bersyukur kepada Allah jika dikurniakan anak yang sempurna. |
|
Nabi SAW bersabda : |
Tiga doa yang akan dimakbulkan tanpa
ragu-ragu, iaitu ayah, iaitu pengembara dan mereke-mereke yang dianiayai. (Abu Dawud,
1531) |
|
Ibubapa muslim sepatutnya menginginkan
kebahagiaan untuk anaknya di dunia dan di akhirat. Walaubagaimanapun jika ia terpaksa
memilih antara satu diantaranya, maka hendaklah ia memilih kebaikan anaknya di akhirat.
Kemudian ia terpaksa melepaskan atau meninggalkan sesuatu yang kelihatan baik di dunia
tetapi akan membawa kesengsaraan kepada anaknya di Akhirat. |
|
Jika kita sentiasa berdoa
kepada Allah memohon petunjukNya dalam semua perkara, InsyaAllah kita akan
dikurniakan kemampuan untuk membezakan antara kebaikan yang bersifat kekal dan bersifat
hanya sementara dan bersifat material. |
|
Page | 1 | 2 | 3 | 4 | 5
| |
[Makalah Minda] |