Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 
GOALS OF THE MUSLIM PARENT
Dan (ingatlah ketika Ibrahim berkata : "Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta cucuku dari menyembah berhala-berhala.
Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barang siapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunananku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati seahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang akan kami lahirkan, dan tidak ada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.
Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
Ya Tuhanku, jadikan aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankan doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hri terjadinya hisab (hari kiamat)" (14 : 35-41)
Di dalam doanya kita merasakan bahawa urusan penyerahan diri kepada Allah adalah sesungguhnya satu-satunya urusannya. Dia melihat dirinya, anak-anaknya Ismail dan Ishaq dan cucunya Nabi Yaakub adalah utusan Tuhannya, dihidupnya hanya untuk menyembah dan berkhidmat untukNya, dan bermohon semoga ada dikalangan keturunan selepasnya yang akan memilih jalan yang sama. Beberapa tahun selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (S) sama-sama berdoa :
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (2 : 128)

Page | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

[Makalah Minda]

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
19-Apr-04 12:48 PM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.