Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 
GOALS OF THE MUSLIM PARENT
By Norma Tarazi
Secara umunnya, kebanyakan ibubapa di dunia hari ini bercita-cita / hajat seolah-olah seperti berikut: supaya anak-anak peliharan mereka menjadi anak-anak yang  berguna kepada masyarakat, mendapat pendidikan yang baik dan mendapat pekerjaan yang baik yang mana akhirnya anak-anak ini dapat memelihara keluarga masing-masing dengan sendirinya tanpa bantuan ibubapanya. Pekerjaan dan pendidikan yang baik kebiasaannya diertikan sebagai sesuatu yang membawa kepada kekayaan dan keselesaan dari segi kebendaan.
Secara praktikal kesemua ibubapa mahukan anak-anak mereka mendapat seumpama seperti diatas dan adalah tidak patut kita menolak segala kekayaan dan kesenangan yang Allah kurniakan keatas manusia di dunia ini. Walaupun cita-cita / hajat di atas adalah munasabah, kita akan dapati di sana ada cita-cita / hajat yang lebih baik seperti yang terdapat di dalam Al-Quran di dalam doa-doa dan nasihat para-para nabi da mereka yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah SWT untuk anak-anak mereka.
PERMOHONAN DOA DAN NASIHAT PARA-PARA NABI BUAT ANAK-ANAK MEREKA
Nabi pertama yang dijelaskan dalam Al-Quran dalam memberi nasihat kepada anaknya adalah Nabi Noh. Anaknya menolak ajarannya dan menyertai mereka-mereka yang engkar dan melakukan penganiayaan kepada bapanya. Anaknya ini meneruskan penentangan sehingga sampai di saat-saat akhir dimana kehancurannya sudah pasti disebabkan bah besar. Di saat itu sekalipun bapanya masih bersifat pengasih dan pemaaf, memanggilnya dari atas bahtera dengan kata-katanya, "Wahai anakku, naiklah bahtera bersama kami dan janganlah kamu termasuk dikalangan mereka yang menolak Allah SWT ! ". Tetapi anaknya menjawab, " Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah." Sebagai seorang nabi, bapanya lebih mengetahui bahawa " Tiada ada yang melindungi hai ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha Penyayang", katanya secara desakan (11: 42-43)
Tanpa menghiraukan nasihat bapanya yang bimbang dan kasihkannya, anaknya berusaha untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Akhirnya dia tenggelam bersama-sama mereka yang kafir. Walaupun bapanya sebagai Nabi dan termasuk dalam hamba-hamba yang dikasihi Allah SWT, bapanya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anaknya dari kesengsaraan kematian dan api neraka. Sebaliknya selepas itu, apabila Nabi Noh memohon kepada Allah bagi pihak anaknya, Allah SWT menegurnya dengan firmannya " Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, sesungguhnya perbuatannya, perbuatan yang tidak baik". (11: 45)
Selapas Nabi Noh diceritan pula tentang Nabi Allah ibrahim (S). Bilamana isterinya Sarah ternyata seorang yang mandul, dia bermohon kepada Allah seorang anak dan rayuannya dimakbulkan Allah SWT. Berikut adalah rayuan / permohonan Nabi Allah Ibrahim (S) yang amat dicita-citakan untuk keturunannya, terutama untuk anaknya Nabi Allah Ismail yang ditinggalkan tanpa bekalan yang nyata di padang pasir yang kontang di Mekah atas arahan Allah SWT:

Page | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

[Makalah Minda]

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
19-Apr-04 12:48 PM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.