Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 
GOALS OF THE MUSLIM PARENT
Kita lihat bahawa Nabi-nabi yang mulia ini tidak meminta supaya mereka dikurniakan kejayaan dunia untuk diri mereka dan keturunan-keturunan mereka. Sebaliknya mereka meminta pertamanya supaya Allah menerima amal mereka, dan kemudian supaya mereka dan ada juga keturunan mereka diterima oleh Allah sebagai hamba-hamba yang tunduk patuh kepadaNya, dan menyembahNya berdasarkan kepada apa yang telah ditunjukkan kepada mereka. Dapatlah kita bayangjkan betapa hebatnya cita-cita ibibapa muslim terhadat anak-anaknya ?
Kata-kata nasihat akhir diberikan oleh Nabi Allah Ibrahim dan kemudian diulangi oleh cucunya Nabi Allah Yaakub :
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub.
(Ibrahim  berkata) : "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (2 : 132)
Di sini kita lihat, Nabi-nabi tidak menasihati anak-anak mereka supaya bekerja kuat supaya menjadi kaya atau berjaya di dalam hidup sepertimana kebanyakkan ibubapa muslim lakukan. Sebaliknya mereka menekankan yang paling utama, yang paling penting yang perlu dicita-citakan di dalam hidup iaitu benar-benar berkenyakinan / percaya bahawa Allah SWT telah memilih Islam untuk mereka dan tidak mati melainkan dalam perhambaan kepadaNya. Semoga Allah menolong kita untuk mengambil contoh Nabi-nabiNya dalam kita memberi nasihat kepada anak-anak kita.
Di dalam cerita Nabi Allah Yaakub dan anaknya Nabi Allah Yusof seperti yang terkandung dalam surah 12, kita akan dapati satu contoh yang sangat cantik / seni antara hubungan seorang bapa dan anak-anaknya. Walaupun sepuluh anaknya yang menetang dan mengkhianati kepercayaannya, berkelakuan tidak jujur dan telah memisahkannya dari anak kesayangannya dalam hidupnya, Nabi Allah Yaakub tidak meminggirkan mereka, benci atau bercakap secara kasar kepada mereka. sebaliknya dia masih teguh dengan sifat kesabarannya, melayani mereka dengan penuh sifat belas kasihan dan sabar. Akhirnya bila mereka datang kepadanya dan menyatakan kekesalan di atas kesilapan dan kesalahan mereka dan meminta kepadanya memohon kepada Allah supaya mengampungkan mereka, dia berpaling kepada mereka dengan penuh kasih sayang sebagai seorang bapa, lalu berkata, " Aku akan memohonkan ampun bgimu kepada Tuhunku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lgi Maha Penyayang".
Satu lagi bapa yang sangat terkenal yang dijelaskan di dalam Al-Quran ialah yang  bijaksana iaitu Luqman dimana surah ke 31 dinamakan sempena dengan namanya. Luqman dianggap sebagai model yang baik sebagai seorang bapa yang mengambil berat tentang anaknya dengan memberi nasihat kepada anaknya berkenaan dengan perlakuan yang baik / betul .

Page | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

[Makalah Minda]

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
19-Apr-04 12:48 PM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.