Asalamualaikum wbkth. Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sukacita dimaklumkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah
ke 64 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semalam @ 27 Julai 2004 telah memutuskan peraduan
berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendapat sambutan hangat di negeri ini sekarang, adalah HARAM di sisi Islam kerana
mempunyai unsur perjudian. Majlis Fatwa Kebangsaan, meminta umat Islam tidak lagi menyertai
peraduan itu kerana ia semata-mata bergantung kepada nasib dan kemahiran serta tertakluk kepada
perjudian.
Dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ini maka terjawablah
banyak pertanyaan dari orang ramai yang bertanyakan halal haram isu peraduan melalui SMS. Untuk
keterangan lanjut sila tatapi halaman muka hadapan di akhbar Utusan
Malaysia dan Berita Harian hari ini @ 28 Julai 2004.
* Sesungguhnya Arak, JUDI, berkorban untuk berhala dan undian nasib
itu adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan, Maka jauhilah pebuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keuntungan *...Al Maidah a:90
Wallahualam |