Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

 Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 

KATA-KATA ALUAN

Selamat berkunjung melawati ke Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Assalamualaikum, kepada yang beragama Islam dan diucapkan selamat sejahtera kepada semua pengunjung.

Syukur yang tidak ternilai kepada Allah Subahanahu Wataala dan puji-pujian serta selawat kepada Rasul pilihan akhir zaman dan

junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda hingga ke akhir zaman. Dengan kalimah Allahu Akbar, laman web Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru ini Insya Allah akan memberikan manfaat kepada pengunjungnya. Laman web ini dibangunkan adalah dengan hasrat ingin meneguhkan lagi tiang-tiang agama Allah dengan cara dan teknik kemajuan dan aliran arus zaman moden sekarang. Sekali gus bagi menambahkan lagi warna-warni laman-laman web masjid-masjid yang ada di Negara Malaysia  yang tercinta ini.

Di antara kandungan yang terdapat dalam laman web Masjid ini adalah mengenai dengan fakta-fakta Masjid, aktiviti/kegiatan, perkhidmatan yang ada, makluman dan lainnya.

Diharapkan kepada semua pengunjung dari dalam dan luar negara akan lebih mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru ini dengan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam laman ini.

Semoga dengan memenfaatkan kemudahan info komunikasi yang canggih dan membuat dunia tidak bersempadan ini, kita dapat menambahkah lagi sinar islam dengan cepat dan tepat. Dan harapan kami semoga mendapat sokongan dan sambutan dari semua serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Wassalam.

 

Pengerusi,
Masjid Lama Al-Hidayah Ampang Pecah.
Syaban 1424 / Oct 2003

 

flower_009sm_t.gif (11040 bytes)

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
26-Sep-04 05:14 PM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.