Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

 Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 
RENUNGAN DAN PEDOMAN
 

LUAHAN LAHIRIYAH TEMAN.

 

  • Seorang insan yang digelar sebagai sahabat adalah seorang insan yang sering memahami diantara satu sama lain.
  • Wahai sahabatku, perjalanan atau kehidupan yang sebenar adalah masih jauh untuk kita tempuhi, sandiwara yang sering kita tontoni sering menjadi ungkapan dalam mendalami erti hidup. Kehidupan yang bersifat sementara juga, perlu ada pengorbanan yang sering diertikan sebagai pengorbanan dalam kehidupan.
  • Sahabatku, dunia adalah ladang untuk akhirat. Jangan dibiarkan ladang mu itu dipenuhi dengan lalang-lalang atau duri-duri yang akan menyekat perjalanan mu itu. Cinta yang sering diungkap sering kali menjadi titik-titik hitam bagi insan yang tak memahami fitrah kehidupan di alam dunawi.
  • Sahabatku, setiap tangisan dan kesedihan yang kau alami, tak kunafikan bahawa segala ketetapan itu, berlaku juga atas diriku. Fatamorgana yang bermain difikiran ku seringkali menjadi bahan ketawaku, kerna ia adalah satu ilusi yang hanya bersifat sementara
  • Sahabatku, kehidupan ini juga adalah satu perjalanan, yang mana jika tiada matlamat seperti tiada arah tuju. It’tiqad kepada yang maha esa adalah kewajipan bagi insan yang percaya, adanya hari pembalasan kelak. Walaupun hidup ini penuh dengan kegembiraan, namu ku tahu hakikatnya ada insan yang berada di dalam kesedihan.
  • Sahabatku, setiap mentari di pagi hari, adalah mentari yang akan menyinari kehidupan yang mendatang. Kicawan burung dipagi hari seakan memberi nafas atau kekuatan untuk menempuhi hari yang mendatang.

 Lukilan oleh :

En. Mohd Nazmi bin Hashim

KKB

019-3609830

26/10/2003

[Makalah Minda]

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
14-Aug-04 11:36 AM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.