Make your own free website on Tripod.com

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

Al-Hidayah Ampang Pecah

 Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah http://mahap0.tripod.com 

RENUNGAN

ADAB-ADAB MASJID

BERANGKAT KE MASJID

1.

Mulai dengan kaki kanan.

2.

Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"

ADAB MASUK KE MASJID

1.

Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"

2.

Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"

3.

Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID 

1.

Duduk menghadap Qiblat.

2.

Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.

3.

Sentiasa menyebut nama Allah.

4.

Menghadirkan Ahhala dalam hati.

5.

Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.

6.

Jauhi dari menghina Islam.

7.

Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1.

Berdiam diri.

2.

Menjawab seruan Azan.

3.

Berdoa setelah selesai Azan.

4.

Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.

5.

Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1.

Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.

2.

Berniat untuk datang kembali.

3.

Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".

4.

Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

[ Adab-Adab Masjid ][ Bacaan Dalam Solat ][Lahiriah Teman]

M E N U
makluman.gif (2427 bytes)
L i n k s
y88red.gif (623 bytes)
Last Updated
14-Aug-04 11:29 AM

   | Kata Aluan | Profail | Pentadbiran | Aktiviti | Album | Perkhidmatan | Makluman | Site Pilihan | Perhubungan | 

Balik ke Muka Utama.